NAMA: AYUNI NAJWA BINTI ZAINUDIN
NO MATRIK: DBH 470004
PENSYARAH: PUAN GHALIYAH BINTI ABDUL AZIZ
PENGENALAN KUKU
Kuku adalah struktur yang separa keras dan sedikit runcing terletak di hujung jari haiwan atau manusia. Bahan asas yang membentuk kuku ialah keratin iaitu protein yang keras juga boleh dijumpai di dalam rambut dan kulit. Kuku yang sihat mestilah berwarna putih jernih dengan sedikit merah pada dasar kulit yang boleh dilihat menerusi kuku.
FUNGSI KUKU
💅Penentang daya yang menambahkan lagi sensitiviti kulit, walaupun pada kuku itu sendiri tidak mempunyai saraf dan reseptor.
💅Melindungi hujung jari yang lembut dan penuh urat saraf.
💅Dapat meningkatkan deria sentuh.
💅Kuku tumbuh dan memanjang pada setiap masa, tetapi kadar pemanjangannya bergantung kepada faktor usia, jantina, musim, suhu badan, diet dan keturunan.
💅Kuku jari tangan tumbuh lagi cepat pada kadar 3mm sebulan berbanding kuku kaki yang memanjang pada kadar 1mm sebulan.
STRUKTUR KUKU
💅 Pinggir kuku - bahagian hujung kepingan kuku dan berbentuk rangka yang mengelilingi dan melindungi bahagian pada kuku.
💅 Kepingan kuku - bahagian yang dapat dilihat dan terletak di lantai kuku.
💅 Hyponicium - paling sensitif berdekatan hujung jari dan banyak saraf serta pembuluh darah.
💅 Lantai kuku - bahagian kulit yang diduduki oleh kepingan kuku dan mengandungi banyak saraf-saraf dan pembuluh darah yang membekalkan zat-zat makanan yang berterusan.
💅 Lunula - terdapat di dasar kulit dan berbentuk seperti bulan sabit.
💅 Dinding kuku atau kutikel - lipatan kulit yang melepasi tepian kuku seperti sel kulit mati dan kawasan yang sentiasa menghasilkan kulit sel baru.
💅 Akar kuku - dasar kuku yang tertanam di bawah kulit.
💅Matrik -menghasilkan kuku di mana sel-sel menjalani proses pembiakan dan pengerasan.
JENIS-JENIS MASALAH KUKU
💅Kuku tergantung.
💅Kuku ditumbuhi bintik-bintik putih (leuconychia)
💅Kuku tersiat dan rapuh (onychorrhexis).
💅Masalah kuku biru.
💅Kuku gigitan.
💅Kuku cengkam (onychocryptosis)
💅Masalah kuku kecut (onychatrophia).
💅Masalah pterygium.
💅Kuku tidak rata (corrugations).
PENYAKIT KUKU
💅Penyakit onikomikosis (onychomycosis).
💅Penyakit paronikia
💅Penyakit onikia (onychia) atau nama lainnya onikokriptosis.
PENGENALAN MANIKUR
Manikur berasal daripada perkataan manus atau hand dan cura atau care yang bermaksud penjagaan tangan. Manikur adalah rawatan kuku dan kulit tangan agar penampilan pada bahagian tersebut bebas daripada sebarang jangkitan penyakit kulit atau bakteria.
TUJUAN MANIKUR
💅Membersihkan dan mencantikkan kuku tangan.
💅Melembutkan dan melembapkan bahagian tangan yang kasar.
💅Mencegah tangan dan kuku tangan daripada jangkitan kuman.
PROSEDUR DAN TEKNIK RAWATAN
💅Letakkan tangan pelangan ke atas kusyen manikur.
💅Steril tangan pelanggan dengan surgikal spirit atau hand sanitizer.
💅Periksa tangan pelanggan dengan kanta pembesar.
💅Bersihkan kuku pelanggan dengan pembersih varnis kuku.
💅Guntingkan kuku dengan playar kuku atau penyepit kuku jika perlu.
💅Bentukkan kuku dengan papan emeri dengan sebelah papan emeri yang halus. Mestilah tangan kiri pelanggan dahulu.
💅Kikis kuku dengan papan emeri.
💅Ambil krim urut kutikel dengan kayu oren dan letakkan pada perut ibu jari jurusolek.
💅Bubuh krim urut kutikel dan urut sebentar.
💅Rendam kutikel kuku ke dalam mangkuk menikur untuk melembutkan kutikel.
💅Sapukan pelarut kutikel dan tolak kutikel dengan hoof stick.
💅Bersihkan dan buang kutikel di sekeliling plat kuku dengan pisau kutikel.
💅Ketip dan buang kutikel di sekeliling plat kuku dengan pengetip kuku.
💅Lakukan pengurutan tangan dengan teknik yang betul.
💅Bersihkan kuku dengan menggunakan pembersih varnis.
💅Sapukan dan ratakan buffing cream pada plat kuku.
💅Selepas satu minit, buff plat kuku dengan buffer sehingga plat kuku hingga licin dan berkilau.
💅Varniskan satu lapisan base coat pada plat kuku.
💅Varniskan dua lapisan pada plat kuku.
💅Varniskan satu lapisan top coat pada plat kuku.
💅Semburkan quick dry spray pada kuku jika perlu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan